Satu majlis bacaan yaasin akan diadakan pada 19 Ogos 2009 sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, mencari keberkatan dan keredhaan.Semua anak-anak pelajar yang menyewa di rumah sewa kami di wajibkan hadir. Majlis bermula pukul 5 petang. Mula-mula kami bercadang nak buat majlis bacaan yaasin di setiap rumah tapi kerana kekangan masa maka kami buat di salah sebuah rumah sahaja iaitu di salah sebuah rumah di Taman Camar.
Di samping untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, majlis bacaan yaasin itu juga untuk memberi ketenangan pelajar-pelajar menginap dengan aman dan tiada anasir-anasir negatif yang melanda anak-anak pelajar tersebut. Kami berharap anak-anak ini dapat menjalankan kehidupan dengan sempurna serta aman damai dan tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.
Disamping anak-anak pelajar, kami juga menjemput ahli LKPI (Lembaga Kebajikan Perempuan Islam) seramai 10 orang. Bukannya apa untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga majlis yang akan dilaksanakan mendapat sambutan dan diberkati.INSYAALLAH..... .
KEHILANGAN SEPTEMBER 2010
-
6 September 2011 genaplah setahun adikku pergi meninggalkan kami..sedih
kami sekeluarga kerana sudah dua kali aidil fitri tanpa beliau..kesian
puteri tungg...
14 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan