? ??????????????Simple Red Swirls? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 2041 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Warm Tones? ????? ?? ???Rating: 1.0 (1 Rating)??5 Grabs Today. 1289 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Patterns of Lo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 16 Februari 2010

MENJELANGNYA TAHUN 2010

Syukur alhamdulillah, tahun 2010 dah pun sampai ke bulan Februari. Dalam bulan Januari tak sempat nak up date blog ini kekangan masa yang teramat sangat. Awal tahun, macam-macam kerja yang perlu disegerakan. Dalam semester ini dapat pertambahan 2 buah rumah, syukur sangat-sangat. Sebuah untuk lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Penghuni juga bertambah.

Tak banyak aktiviti yang dijalankan kerana masih lagi di awal semester. Aktiviti pertama hanya mengadakan sesi suaikenal antara penghuni rumah. Satu jumuan makan yang sederhana telah diadakan di rumah, semua penghuni datang, banyak juga perkara yang diperbincangkan. Antaranya lawatan.

Insyaallah..dipenghujung bulan Februari, iaitu 25 Februari 2010 akan diadakan sesi lawatan ke Genting Hinglands. Semoga lawatan kali ini akan menjadi kenyataan.. Program yang kedua yang bakal dilaksanakan ialah Program Motivasi. Penghuni-penghuni ini akan menjadi Fasilitator kepada peserta Kem Motivasi yang dianjurkan bersama antara KRT Tunku Bendahara, Kem PLKN dan Kolej Komuniti. Program ini bakal di laksanakan pada awal Mac 2010 iaitu 4 hingga 6 Mac 2010. Satu pendedahan awal kepada penghuni untuk persediaan bagi berdepan dengan cabaran yang bakal tiba.

Harapan kami agar progam yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya..insyaallah.

Sabtu, 26 Disember 2009

PENGHUJUNG SEMESTER

Kedatangan Disember maka hampir berakhir semster Julai 2009, ada dikalangan anak-anak ini akan menamatkan pengajian dan ada yang akan membuat latihan Industri pada yang akan tamat, syukur dapat juga anda menghabiskan pengajian di Kolej Komuniti semoga berjaya dan dapat melanjutkan pelajaran diperingkat yang lebih tinggi..Insyaallah.

Cadang nak buat majlis Bacaan Yasin untuk anak-anak ini menghadapi peperiksaan akhir tidak kesampaian kerana beberapa faktor yang menghalang. Insyaallah mungkin dapat dilaksanakan di semester akan datang. Jamuan akhir juga dapat dilaksanakan sebelum anak-anak ini bercuti tapi sayangnya tidak ramai yang hadir kerana bagi pelajar Kolej komuniti mereka tamat pengajian lebih awal dari Politeknik.

Kini anak-anak ini sedang bercuti...

Pesanan dari Mama dan Abah untuk kalian semua...jaga diri dan maruah keluarga..ingat ALLAH sentiasa bersama kita..apa pun jua yang akan kita lakukan berfikirlah terlebih dahulu agar apa yang kita lakukan mendapat keredhaan dari ILAHI. Sesungguhnya ALLAH menyayangi semua hambanya.

Ahad, 22 November 2009

JAMUAN BUKA PUASA 2







SEBAHAGIAN ANAK-ANAK PELAJAR YANG DATANG.








SEDAPNYA...RESEPI SIAPA NI...





TUMBUK APA TU..RAJINNYA..SEKARANG DAH GUNA BLENDER LA..






TUANG APA TU...



















































BUAT APA TU SAMPAI TUTUP MUKA..












BOLEH BUAT MENANTU NI..RAJINNYA..






BUAT APA TU...

















RAJINNYA..ANAK SIAPALAH TU..






Rabu, 18 November 2009

JAMUAN BERBUKA PUASA

Jamuan Berbuka puasa di adakan beberapa kali sepanjang bulan Ramadan yang lalu..Pelajar-palajar ini seringkali dijemput untuk berbuka puasa di rumah. Kesian juga pada pelajar-pelajar ini, rezeki yang dapat, boleh dikongsi bersama-sama.












Khamis, 20 Ogos 2009

MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK







































Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya hasrat kami untuk mengadakan Majlis Bacaan Yaasin terlaksana juga. Pada mulanya dirancang akan dibuat di setiap rummah tetapi disebabkaan kekangan masa hanya dapat dilaksanakan di sebuah rumah sahaja. Rumah-rumah lain insyaallah akan dibuat pada masa lain pula, mungkin selepas hari raya. Hanya anak-anak pelajar lelaki dari sebuah rumah sahaja yang tidak datang, ada hal yang tak dapat dielakkan.

Majlis di ketuai oleh Pak Aziz dan ahli LKPI. Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan. Makanan yang disediakan pun enak dan sedap. Terima kasih kepada Kak Ani yang banyak membantu.

Selasa, 18 Ogos 2009

AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK PELAJAR SEMESTER YANG LALU


Anak-anak pelajar lelaki juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi jamuan tersebut.






Jamuan berbuka puasa tahun lalu di rumah anak-anak pelajar perempuan sempena hari lahir salah seorang anak pelajar tersebut. Jamuan tersebut disediakan sendiri oleh anak-anak pelajar perempuan sendiri, kecuali kek sahaja dibeli.




Bermain bunga api semasa bulan Ramadhan tahun lalu

MAKAN MALAM ALA BBQ DI RUMAH SEMPENA AKHIR SEMESTER JANUARI 2009
















Makan malam ni dirancang nak buat sebelum anak-anak pelajar cuti semester tapi tak dapat dilaksanakan kerana beberapa sebab. Setelah semua masalah selesai maka dapat juga diadakan makan malam walaupun tak semua anak-anak pelajar yang hadir. Anak-anak pelajar lelaki telah pulang ke rumah mereka kerana peperiksaan selesai awal, yang ada hanya beberapa orang anak-anak pelajar perempuan semester 1 dan 2 sahaja.