? ??????????????Simple Red Swirls? ????? ?? ???Rating: 4.5 (2 Ratings)??5 Grabs Today. 2041 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Warm Tones? ????? ?? ???Rating: 1.0 (1 Rating)??5 Grabs Today. 1289 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Patterns of Lo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 20 Ogos 2009

MAJLIS BACAAN YAASIN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN AL MUBARAK







































Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi kerana akhirnya hasrat kami untuk mengadakan Majlis Bacaan Yaasin terlaksana juga. Pada mulanya dirancang akan dibuat di setiap rummah tetapi disebabkaan kekangan masa hanya dapat dilaksanakan di sebuah rumah sahaja. Rumah-rumah lain insyaallah akan dibuat pada masa lain pula, mungkin selepas hari raya. Hanya anak-anak pelajar lelaki dari sebuah rumah sahaja yang tidak datang, ada hal yang tak dapat dielakkan.

Majlis di ketuai oleh Pak Aziz dan ahli LKPI. Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan. Makanan yang disediakan pun enak dan sedap. Terima kasih kepada Kak Ani yang banyak membantu.

Selasa, 18 Ogos 2009

AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK PELAJAR SEMESTER YANG LALU


Anak-anak pelajar lelaki juga dijemput hadir bagi memeriahkan lagi jamuan tersebut.






Jamuan berbuka puasa tahun lalu di rumah anak-anak pelajar perempuan sempena hari lahir salah seorang anak pelajar tersebut. Jamuan tersebut disediakan sendiri oleh anak-anak pelajar perempuan sendiri, kecuali kek sahaja dibeli.




Bermain bunga api semasa bulan Ramadhan tahun lalu

MAKAN MALAM ALA BBQ DI RUMAH SEMPENA AKHIR SEMESTER JANUARI 2009
















Makan malam ni dirancang nak buat sebelum anak-anak pelajar cuti semester tapi tak dapat dilaksanakan kerana beberapa sebab. Setelah semua masalah selesai maka dapat juga diadakan makan malam walaupun tak semua anak-anak pelajar yang hadir. Anak-anak pelajar lelaki telah pulang ke rumah mereka kerana peperiksaan selesai awal, yang ada hanya beberapa orang anak-anak pelajar perempuan semester 1 dan 2 sahaja.

MAJLIS BBQ KALI PERTAMA SESI JULAI 2009










































































Awal semester kami buat majlis bbq di rumah kami sempena menerima anak-anak pelajar semester 1 yang baru mendiami rumah sewa. Pelajar-pelajar lama yang akan ke Latihan Industri juga turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis ni.

MAJLIS BACAAN YASIN MENYAMBUT RAMADHAN

Satu majlis bacaan yaasin akan diadakan pada 19 Ogos 2009 sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, mencari keberkatan dan keredhaan.Semua anak-anak pelajar yang menyewa di rumah sewa kami di wajibkan hadir. Majlis bermula pukul 5 petang. Mula-mula kami bercadang nak buat majlis bacaan yaasin di setiap rumah tapi kerana kekangan masa maka kami buat di salah sebuah rumah sahaja iaitu di salah sebuah rumah di Taman Camar.

Di samping untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak, majlis bacaan yaasin itu juga untuk memberi ketenangan pelajar-pelajar menginap dengan aman dan tiada anasir-anasir negatif yang melanda anak-anak pelajar tersebut. Kami berharap anak-anak ini dapat menjalankan kehidupan dengan sempurna serta aman damai dan tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

Disamping anak-anak pelajar, kami juga menjemput ahli LKPI (Lembaga Kebajikan Perempuan Islam) seramai 10 orang. Bukannya apa untuk memeriahkan lagi majlis tersebut. Semoga majlis yang akan dilaksanakan mendapat sambutan dan diberkati.INSYAALLAH..... .